Sunday, October 30, 2011

hazami TEKAD


hazami tekad:::
pengalaman saya ketika menuntut di sekolah menengah banyak dikaitkan dengan lagu ini. lagu ini menjadi inspirasi kepada saya dalam menggapai kejayaan di sekolah. Saya bukanlah seorang pelajar yang mempunyai latar belakang genius tapi saya tahu saya seorang yang suka memaksa diri dalam melakukan sesuatu perkara..  Maka, lagu ini sesuai dijadikan lagu motivasi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai perjalanan tersendiri dalam memastikan sesuatu yang ingin digapai berjaya diperolehi dengan penuh keyakinan. saya yakin semua pelajar di sekolah mahukan kejayaan malah jika diberi peluang ramai saja akan tonjolkan bakat dalam pelbagai jenis kecerdasan.
dengarkanlah HAZAMI.TEKAD..

Thursday, October 27, 2011

lagu pemangkin semangat


hidup di muka bumi ini memerlukan insan sentiasa bersemangat dalam menjalani norma-norma kehidupan yang kadang-kala menggugat kekuatan diri insan yang lemah. maka, LAGU mampu membawa kembali insan menggapai sesuatu kejayaan. Hal ini dibuktikan, sesebuah program yang dijalankan mempunyai lagu tema tersendiri. Boleh dikatakan juga, lagu membawa satu semangat dalam diri insan. Oleh itu, saya mengambil inisiatif mencari dan menyelongkar sesebuah lagu yang mempunyai motivasi, unsur perubahan diri, unsur sayangkan ibu bapa dan sebagainya. Credit to pencipta lagu yang menghasilkan sesebuah lirik yang berkesan dan menyentuh jiwa di samping penyanyi yang mampu menyampaikan sesebuah lagu dengan membawa maksud yang amat mendalam.

Pada hari ini, saya memilih untuk membawa tema motivasi dalam diri.

video: mentera semerah padi


lirik lagu nya




Mentera Semerah Padi 

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi